Makeup!

Sewaktu saya bekerja dalam bidang animasi dahulu, tidak pernah sekali pun terdetik dalam hati untuk bermekap melainkan bila ada dinner ataupun acara perkahwinan. Tapi lepas dah jadi pensyarah dan consultant, saya merasakan mekap itu penting sebenarnya.

Kenapa pentingnya mekap? Hmm, susah nak jelaskan. Tapi zaman saya student dahulu, saya memang suka tengok penampilan pensyarah saya. Tanpa saya sedari, pensyarah yang berketerampilan secara tidak langsung buat pelajar rasa pentingnya imej dan bertambah semangat nak ke kelas. Hahaha!

Kalau dah nama pun consultant, penampilan diri memang tak perlu cakap banyaklah. Kalau muka pucat, client tengok pun rasa tak yakin. First impression itu amat penting. Malangnya saya mengambil masa yang lama untuk menyedari fakta ini.

 Pesta mekap bila bersama rakan-rakan yang gila Sephora :D

Definisi mekap pada saya ialah sekadar untuk menambah seri. Berbedak, sedikit pemerah pipi, pembayang mata, dan gincu. Kalau hendak menambah mascara ataupun bercelak apa salahnya. Lain orang lain ritual mekapnya, bergantung pada keperluan masing-masing.

Dulu saya punya persepsi negatif terhadap orang yang bermekap. Biasanya orang yang terlalu berhias ni tak solat. Jahat kan? Memandai je nak mensyurga dan menerakakan orang. Saya pun bukannya sempurna. Sekarang dah dewasa dan matang lebih banyak diam dari memekak. Pbbt~

Kalau dah cantik luar, dalam juga kenalah cantik. Saya harap entri mekap yang seterusnya akan membantu untuk berbelanja mekap dengan lebih bijak.

Jumpa lagi di entri akan datang!

Comments

Popular Posts