Current Obsession: Arabic Gum

Nampaknya dah terlalu lama tidak menulis. Nak kena rotan ni. Banyak betul post tertunggak, harap saya sempat qada semua huhuhu...

Baiklah, kali ini, saya ingin buat review tentang product saya baru cuba sejak beberapa hari lepas. Produk ini namanya Arabic Gum. Nama pun dah ada "gum" sudah pasti ianya melekit. Anda boleh mendapatkan produk ini di Mahnaz Shah Alam ataupun di mana-mana grosir yang menjual barang dari timur tengah. Harganya saya tidak pasti, kerana saya dapat dari seorang kawan.

Juga dikenali sebagai Acacia Gum kerana asalnya dari pohon acacia

Saya tidak berapa pasti bagaimana hendak melarutkan serbuk ini didalam minuman. Buat makluman semua, ianya tidak sesuai dengan air panas kerana dikhuatiri akan mematikan zat, tapi kalau terlalu sejuk pun tak kena juga. Ada tips yang saya jumpa di Google kata kena biarkan seketika kemudian kacau semula untuk pastikan ianya larut seluruhnya.

Rasanya ada sedikit aneh. Kalau orang yang tidak biasa dengan makanan ataupun minuman yang ada "after taste" yang terlalu kuat, saya sarankan jangan letak banyak sangat. Nanti rasa mual.

Khasiat yang terdapat dalam Arabic Gum terlalu banyak, kalau nak terangkan satu persatu memang berjelalah nanti entri ini. Kesimpulannya, ianya merupakan makanan tambahan yang amat baik dan bermanfaat untuk sistem pencernaan.

Kalau anda ke kedai yang menjual barang Art, akan jumpa Gum Arabic juga. Ianya benda yang sama, tapi dalam kegunaan yang lain. Ianya digunakan untuk warna air. Silalah Google, saya malas nak terangkan di sini hoho...
Jangan telan yang ini!

When I just got this, I was like: "I'm about to consume an art product and it will stays in my DNA!! " Ok, that's a little too dramatic :p

Selamat mencuba! ;)

Comments

Zamir Akil said…
Hope the Arabic Gum helps.. You can find the sachet version and it's more fine and easier to dissolve in water.. By the way arabic gum is also used in some cola drinks too..

Popular Posts