Lari Bersama SARC

SARC: Shah Alam Running Club

Buat pengetahuan anda semua, saya sememangnya tiada group lari. Rakan-rakan lari saya semuanya berada di Sarawak. Jadi saya lebih kerap berlari secara tiba-tiba bersama kumpulan lain. Selain dari #TPR , saya juga menumpang kasih dengan group #SARC

Coach Zul selalu akan memuat naik poster SARC di FB dan sesiapa sahaja dialu-alukan untuk memeriahkan lagi aktiviti berlari di malam hari. Jadi saya dengan tiba-tiba ingin berlari kerana kalau lari sendirian takut dikejar anjing huhuhu...

*Laluan masuk ke Dataran Shah Alam hanya akan dibuka selepas jam 10 malam, sekiranya anda nak datang, boleh masuk ikut laluan masjid dan park kereta di tepi-tepi jalan atau pun di sebelah pentas. Biasanya mereka akan tunggu dan berkumpul di situ. Senang je nak cam geng SARC ni, mereka semua nampak sangat fit dan mereka memang ada gaya pelari professional.

Sesi warm up sebelum mula lari...

Saya hanya ada kenal salah seorang sahaja team SARC iaitu Ecah sebab dia juga salah seorang warga #TeamProtonRunners. Ecah dewa kelajuan ini berlari dikalangan tokoh2 podium yang pecut dengan sangat laju dan konsisten. Beliau sendiri adalah tokoh podium, rasa segan woo~!

 Sebelum lari, memang akan bergambar beramai-ramai. Kalau dah berpeluh dan comot, memang turun saham hehe... Menurut Ecah, ni tak cukup ramai lagi sebenarnya. Attendance Xcukup penuh. Hohoho...

Terus terang saya ingin katakan, sayalah yang paling belakang sekiranya lari bersama mereka. Tetapi bagusnya sweeper sangat setia menemani dan sentiasa membakar semangat untuk terus berlari. Rasa terharu tiba-tiba. Harap lepas ni boleh tambah laju. #pacekurakura

Pit stop terakhir, KM ke-8, lepas buang air di McD huhuhu...

Mereka biasanya akan lari keliling bandar Shah Alam lebih kurang dalam 10km. Tapi adakalanya mereka pun akan tukar route sekali-sekala. Bergantung pada mood, cuaca dan siapa yang join lari kot?

Kalau anda berminat, boleh datang ke Dataran Shah Alam setiap hari Rabu, jam 9:00 malam. Mereka ini semua sangat mesra dan tidak kedekut ilmu lari. Marilah kita lari beramai2! Wiwiwiwi~!

*Laluan ditutup barangkali sebab tak nak orang bising berniaga atau buat bising di sekitar masjid barangkali. Hormatilah Shah Alam ya

Comments

Zamir Akil said…
Don't stop running and chase your dreams aite.. definitely there will be a better things ahead in the future.. :)

Popular Posts