The Team Proton Runners!

Ok, ok nak share kisah semalam.

Semalam, sekali lagi, saya #mengulor ke CoE Proton untuk majlis perasmian TPR. Mula-mula saya rasa saya tak perlu hadir kerana saya bukanlah pekerja Proton, macam tak ada kena mengena pula. Tapi Mr. Azlan suruh datang juga sebab ini bukan event korporat. Jadi tak salah untuk saya datang. Oh terharunya! Boleh #menyebok lagi :p

Ecah datang menyambut saya di CoE, dia terus membawa saya ke auditorium. Saya rasa sangat berdebar-debar sebab rasa macam penceroboh. Ada beberapa staff Proton tanya saya department mana, saya rasa awkward nak cakap sebenarnya saya hanyalah orang luar. Hahahaha, merepek kan?

Sebelum start, kita wefie dulu! 

Saya bantu Mr. KE dan Mr Zain untuk menyusun goodie bag. Nampaknya ahli keluarga TPR sudah semakin ramai. The more the merrier! Weehoo~!

Kapten tengah buat presentation... 

Mr. Azlan, selaku kepten Team Proton Runners buat opening speech pada majlis perasmian baju baru TPR. Baju baru TPR warna oren neon. Sangat silau hokey! Menurut Mr. Zain, pada awalnya dia mencadangkan warna pink, tp Mr. Azlan menggeleng perlahan. Hehehe... Saya rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada ahli TPR. Xadalah rasa boring lari sorang2.

Typical skema group photo. Ramai kan? 

Saya berpeluang untuk melihat perjalanan TPR dari keluarga kecil, sehinggalah dah riuh sekampung macam sekarang ni. Mr. Azlan juga memberi sedikit tips lari buat semua. Apa yang paling mendebarkan ialah toilet hanya ada satu sahaja. Wuwuwuwu... Disebabkan pengumuman yang seram inilah yang menyebabkan saya rasa kurang yakin dengan penganjur HSN21km2016 ini. Kalau tiada air di water station, saya rasa saya akan mati kehausan di tengah jalan. Sama-samalah kita berdoa acara ini berjalan dengan lancar huhuhu...

Merasmikan baju TPR terlebih dahulu...

Selepas habis mengagihkan t-shirt, barulah kami lunch. Dah agak lewat sebenarnya. Pekerja Proton sangat menghormati masa! Bila mereka luangkan masa sedikit untuk lunch bersama rasa sangat terharu sebenarnya. Budaya kerja Proton sangat dekat dengan budaya kerja Jepun. Siap ada loceng dan pengumuman waktu rehat dah habis. #kagum Rasa bersalah pula, jadi saya pun kena makan cepat-cepat tak nak buang masa. Nasib baik tak ada kelas.

Lunch sesama padahal waktu lunch dah habis, huhuhu...

Fefeeling Roda Impian hehe...

Sekian sahaja laporan untuk kali ini, jumpa di Dataran Merdeka nanti!

Terima kasih Proton sebab sponsor saya lari! Wiwiwiwiwi~

Credit to Team Proton Runners group and Ecah for the pictures! :x

Comments

Popular Posts