Mari Belajar Posing

Sabtu yang lepas 23hb Oktober 2016, Team Proton Runners datang berhimpun di Setia Alam Central Park untuk belajar cara berlari yang betul. Saya tak mendaftar untuk kelas ini tetapi geng Kuar-kura insist untuk saya datang #menyebok Mr. KE pun kata dia bawak maam beliau sekali - Kak Nik.

Inilah Taman Rekreasi Setia Alam, best jugak lari di sini :D

Apakah tujuan Pose Method? 
i. Untuk elakkan kecederaan ketika berlari
ii. Untuk lari dengan betul, lebih laju dan efektif

Kapten jadi volunteer, cara menjatuhkan badan. Graviti membantu kita untuk lari sebenarnya...

Walaupun dah beberapa kali masuk HM, tapi saya tidak improve dan langsung tak laju. Klinik ini sangat membantu sebenarnya. Saya belajar cara lari yang betul, pernafasan, posture, dan beberapa perkara lagi dalam larian. Cuma bila baru belajar dan nak praktikkan tu mungkin akan mengambil masa.

Semua tengah khusyuk melihat pose yang betul

Buat pengetahun semua, seelok-eloknya lakukanlah senaman seperti lunges, squat dan plank untuk menguatkan lagi otot ketika berlari. Dulu saya rajin juga buat workout, tapi dah lepas kahwin ni macam makin malas. Haiyoo!

Selepas habis klinik, Dayah selaku Adun TPR Setia Alam bawa kami lari keliling tasik. Mereka sangat laju! Pace saya yg 7 minit ini memang tak mampu nak kejar mereka. Barangkali juga sebab dah gemuk, hahahaha!

Macam biasa, kapten yang paling bersemangat nak ambil gambar. Sebelum ni ada #handpod, dan sekarang #spoilerpod :p

Lepas belajar cara pose lari yang betul, nampaknya semua dah tahu cara lompat yang lebih selamat hehe... Wee~!

Kalau sesiapa berminat untuk turut serta kelas ini, boleh klik di sini dan ikuti perkembangan Pose Method Running Clinic ini.

Comments

Popular Posts