SCKLM 2016

Salam dan hello semua!

Nampaknya tahun 2016 merupakan tahun yang penuh dengan aktiviti untuk saya. Ini merupakan Half Marathon saya yang ketiga untuk tahun ini.

Pada mereka yang tidak tahu, Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon merupakan antara acara marathon yang terbesar dalam Malaysia. Bukan sahaja Malaysia, ada juga pelari dari negara luar yang sanggup turun untuk turut serta dalam larian ini, Boleh lawati laman webnya di sini.

Nampak tak nama saya pada skrin? Wee~!

Oleh kerana tahun lepas saya tiada rezeki untuk berlari, tahun ini saya mengambil keputusan untuk menukarkan kategori 10km kepada 21km. Walaupun ini merupakan kali ketiga, tapi saya tetap runsing seperti biasa, dan akhirnya tidak tidur lena pada malam marathon hehehe... Saya dan beberapa rakan dari UNIMAS menetap di Grand Campbell Hotel. 

Kami bertiga terhasut oleh Kak Girl yang worship Nike seolah-olah peratus kelajuan akan bertambah ketika lari. Beliau bertanggungjawab atas ketaksuban terhadap jenama ini

Dilema tak tahu nak pakai t-shirt Honda atau singlet Adidas

Sebelum mula lari, serius mengantuk tahap gaban

SCKLM 2016 sangat meriah. Seramai 35,000 pelari tahun ini. Jumlah ini berganda kerna insiden jerebu melanda Malaysia tahun lepas. Saya seharusnya jauh lebih bersedia, malangnya saya tidak membuat persediaan yang cukup.

Disebabkan tidur yang tidak mencukupi, saya rasa prestasi kali ini agak teruk. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya habiskan juga. Saya menangis seorang diri macam orang bodoh bila dah habis. Terlebih emosi tiba-tiba. Saya tak sangka dapat habiskan sebenarnya, hampir putus asa pun ada. Bongok betul.

Selepas habis marathon. Bersama geng #TeamProtonRunners 10km. Sebenarnya saya tak berapa kenal semua ahli TPR tapi suka menyelit kat kamera dorg hehehe... :p

Panas tebabow~

Kak Yanti dan Enche KE terlebih dahulu habis lebih awal berbanding saya. Mereka memang hebat. Kami ambil keputusan untuk tunggu kawan-kawan Proton yang sedang menghabiskan larian mereka. Lagipun saya juga sedang menunggu kawan-kawan yang lain.

Attendance tak penuh. Sayangnya Enche Zain tidak turut serta dalam SCKLM 2016. Ketika ini, kami bertiga berteduh di sebelah khemah makanan. Dugaan sangat tengok orang dapat makan, huhuhu...

Pose geget medal memang wajib

Dari kiri: Saya, Shah, Kak Girl, Kak Fuzan, Kak Mai, Kak Shida dan Khairul
Berharap gambar keluar paper ni hehe... 

Di saat-saat akhir, kami menanti kapten kami untuk tiba. Dalam jarak 500 meter terakhir, kami bertiga berlari dan memberi sokongan kepada kapten. Saya tak tahu mana datangnya gambar ini, terima kasih buat jurugambar yang berjaya merakam detik-detik saya yang over ini.

Terover pula :p

Bergambar bersama geng Full Marathon yang hebat. Cuma geng #kurakurarunners je yang lari HM.

Yang depan sekali tu Ecah namanya (bukan nama sebenar) merupakan pelari dan pendaki gunung tegar. Betapa hebatnya dia, namanya disebut ketika saya di Rinjani. Memang idola saya :x

Selepas marathon, sesi makan di Boat Noodle Sunway Putra Mall

SCKLM memang seronok, harap jumpa lagi tahun hadapan! Wiwiwiwi~!

Kredit: Semua yang terlibat dalam memberi sokongan moral, mental dan gambar-gambar yang awesome ni :)

Comments

Popular Posts