Lunch date dan "Mengulor" di CoE :p

Selepas sekian lama merancang untuk makan tengah hari bersama gagal, akhirnya harini kami berempat Berjaya untuk keluar bersama. Seperti biasa, saya akan tinggalkan kereta di CoE (Center of Excellence) dan berjumpa dengan mereka. Harini Mr. Zain belanja kami makan.Woohoo! Terima kasih Mr. Zain!

Seronok sebab ada team yang kecil dan semuanya sporting belaka :D

Tujuan datang sebenarnya untuk mengambil bib lari. Biasalah, memang itulah objektif utama setiap kali melawat Proton. Sama ada mereka yang tolong ambilkan, atau saya yang menghantar bib ke sana.

Lepas makan, balik ke Proton. Dan hari ini saya rasa amat bertuah kerana Kak Yanti bawak saya tour pusing-pusing dalam Proton. Yeay! Saya menjerit-jerit gembira bila dapat masuk CoE. Ya, saya memang begini.

CoE sangat cantik tebabow. Kalau nak tahu, bila masuk sini, akan timbul perasaan yang sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Apatah lagi bila dapat berkawan dan berlari bersama-sama Team Proton Runners. Lagipun, Proton dan saya lahir pada tahun yang sama 1985 :)

Bukan mudah bagi sesebuah Negara untuk mengeluarkan kereta jenama sendiri. Saya fikir, Tun Dr. Mahathir mengambil langkah yang bijak untuk mewujudkan Proton. Saya bukanlah pakar kereta, tetapi saya belajar dari membaca sejarah. Sebelum anda mencemuh, ada baiknya anda meneliti sejarah automotif sejak Perang Dunia Kedua.


Macam Lego...

Kalau nak tahu, saya pernah menghadiri temuduga di Proton. Secara jujurnya saya tidak menerima tawaran tersebut kerana merasakan ada banyak graduan yang lebih layak berbanding saya. Staf Proton Design hebat-hebat belaka, dan saya langsung tak pandai lukis kereta. Bila dapat ceroboh masuk CoE, barulah saya ingat kembali kenapa Proton merupakan dream job saya satu ketika dahulu.

Dari temuduga itu jugalah saya kenal Mr. Azlan. Ya, saya mengambil masa dua tahun untuk mendedahkan perkara ini. Kalau saya tolak pelawaan untuk berlari satu ketika dahulu, saya memang bangsa biadap. Bila saya cerita tentang perkara ini kepada orang, mereka pasti akan cakap: “Berani kau reject Proton!” dan disusuli dengan bebelan yang seterusnya. Haih…

Mr. Azlan: Are you sure these are Proton cars?
Me: No, but I’m pretty sure that’s how my soul looks like.
Bila tengok balik lukisan ni, ada sikit rasa nak terjun dari bangunan Proton…

Baiklah, kembali kepada topik asal. Buat pengetahuan anda sekalian, show room yang gah ini boleh dikunjungi oleh orang luar. Anda boleh baca sedikit sebanyak sejarah Proton dan kereta-kereta yang pernah dihasilkan. Tapi saya rasa tak semua model ada di sini.  Ada sedikit rasa macam muzium.

Lotus

Ada sedikit rasa kosong di sini...

Saya tidak berkesempatan untuk menghabiskan masa di sini, tak mahu ganggu waktu kerja Kak Yanti. Kak Yanti kata kalau ada masa, bila-bila pun boleh datang melawat lagi. Ada rezeki saya pasti akan datang dan berkongsi pasal Proton pada entri yang akan datang. Terima kasih Kak Yanti!

Senyum bangga sambil pegang bib :D


*Kalau anda dapat tawaran temuduga untuk Proton Design, pastikan anda bersedia 110% kerana mereka merakam video sepanjang temuduga. Saya yakin saya telah menjadi bahan ketawa mereka dan sekarang mencari jalan untuk menghapuskan video itu :p

Comments

Popular Posts