Biar Lambat Asal Habis

Minggu lepas, semua pelari Proton sibuk bercerita pasal Asics Relay Run ni. Saya tak tahu “relay” ni macam mana, tapi saya agak dia sebenarnya lari berganti-ganti la. Haa, Nampak tak betapa bongoknya saya dalam ilmu lari ni…

Kak Yanti dengan penuh bersemangat ajak saya untuk turut serta. Dalam team saya, ada Kak Yanti, En. Zain dan En. KE. Sebenarnya saya agak segan dengan mereka memandangkan saya bukanlah pekerja Proton. Tapi kalau orang tak kisah, saya pun ok je.

Saya juga baru dapat tahu ada lagi satu team dari Proton Design. Dengan secara tiba-tiba terasa ada competition. Saya bukanlah pelari yang tegar seperti mereka yang lain, saya harap mereka terima kekurangan saya seadanya. Wuu~~

Kalau nak tahu, pelari Proton semuanya hebat-hebat belaka. Percayalah cakap saya, kalau anda duduk sebelah pelari Proton, boleh terasa aura competitive. Secara visualnya, ada sikit rasa nak lumba lari dengan mereka walaupun anda tahu anda akan kalah teruk. Itu baru Proton, belum Ferrari lagi. Huhuhu…

En. Zain memberi cadangan untuk namakan team kami team kura-kura. Kenalah humble katanya. Pada mulanya saya cadangkan team Pace Ayam, tapi En. Zain kata: “You pernah kejar ayam nak kena sembelih tak? Laju kot dia lari!” That is one legit statement, right?

Bakal dicetak pada baju nanti :)



Memandangkan hanya saya seorang sahaja “orang luar” dan bukan pekerja Proton, mereka bersetuju untuk membuat t-shirt baru untuk memupuk semangat kerjasama. Saya rasa saya sangat menyibuk dekat team orang, tapi mereka sangat bersungguh dan positif, saya pun jadi semangat.

Oh tak sabarnya nak lari! :D

Comments

Popular Posts