Projek Hujung Minggu - Bahagian 12: Onion Rings

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dapur saya berasap kembali wahahaha!

Rindunya untuk memasak setelah hampir dua minggu Projek Hujung Minggu berehat. Saya kini kembali beraksi!

Oleh kerana saya agak kebuntuan dan tidak tahu apa yang patut saya masak untuk Projek Hujung Minggu kali ini, jadi saya memilih untuk membuat Onion Rings (Gegelang/ Cecincin Bawang) Betul ke ni?

Onion Rings ialah makanan ringan yang amat sedap dan amat mudah untuk disediakan. Dah baca ini silalah cuba ya. :D Mari kita mulakan!

Onion Rings: Hidangan untuk 3 - 4 orang


Bahan-bahannya:
2 biji Bawang Holland (dihiris dan dileraikan)
2 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Tepung Cucur Bawang Adabi
2 sudu besar Tepung Jagung
250ml Ice Cream Soda
Minyak untuk memasak

Cara-caranya:

1. Gaulkan kesemua tepung dan masukan aiskrim soda.

2. Apabila adunan sudah sebati, boleh celup bawang dalam adunan ini.

3. Panaskan minyak dalam kuali, dan bolehlah goreng sehingga warnanya keperangan.

Nota:
- Saya menggunakan aiskrim soda kerana tidak ada serbuk penaik/ serbuk bikarbonat/ tepung naik sendiri
- Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair, jika tidak, ianya tidak akan melekat pada bawang
- Onion rings seelok-eloknya digoreng dalam minyak yang penuh dan panas
- Kalau anda suka, boleh salutkan dengan bread crumbs. Pada mulanya saya ingin guna bread crumbs juga, tapi tak jumpa pula di pasaraya
- Selepas ini anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli Onion Rings di restoran segera, buat sendiri lebih menguntungkan dan boleh makan sampai insaf
- Ada banyak versi resipi Onion Rings ini. Jika anda ikut resipi saya ini, rasanya sedikit manis dan wangi
- Kalau anda mahu masin sila masukan garam ya


Selamat mencuba! (Sambil gigit Onion Rings: Krap~ Rangupnya! :)

Comments

Googoozool said…
Slurps! cicah sos sedap ni!
Say Quote said…

Read your favorite quotes by clicking the link below
its a mobile friendly website , made in latest technology
Love Quotes-
Life Quotes-
Inspirational Quotes-
Friendship Quotes-
Funny Quotes-
Motivational Quotes-
Happiness Quotes-
Good Quotes-
Cute Quotes-
Positive Quotes-
Quote Of The Day

Popular Posts