Saturday, June 9, 2012

Projek Hujung Minggu - Bahagian 12: Onion Rings

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dapur saya berasap kembali wahahaha!

Rindunya untuk memasak setelah hampir dua minggu Projek Hujung Minggu berehat. Saya kini kembali beraksi!

Oleh kerana saya agak kebuntuan dan tidak tahu apa yang patut saya masak untuk Projek Hujung Minggu kali ini, jadi saya memilih untuk membuat Onion Rings (Gegelang/ Cecincin Bawang) Betul ke ni?

Onion Rings ialah makanan ringan yang amat sedap dan amat mudah untuk disediakan. Dah baca ini silalah cuba ya. :D Mari kita mulakan!

Onion Rings: Hidangan untuk 3 - 4 orang


Bahan-bahannya:
2 biji Bawang Holland (dihiris dan dileraikan)
2 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Tepung Cucur Bawang Adabi
2 sudu besar Tepung Jagung
250ml Ice Cream Soda
Minyak untuk memasak

Cara-caranya:

1. Gaulkan kesemua tepung dan masukan aiskrim soda.

2. Apabila adunan sudah sebati, boleh celup bawang dalam adunan ini.

3. Panaskan minyak dalam kuali, dan bolehlah goreng sehingga warnanya keperangan.

Nota:
- Saya menggunakan aiskrim soda kerana tidak ada serbuk penaik/ serbuk bikarbonat/ tepung naik sendiri
- Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair, jika tidak, ianya tidak akan melekat pada bawang
- Onion rings seelok-eloknya digoreng dalam minyak yang penuh dan panas
- Kalau anda suka, boleh salutkan dengan bread crumbs. Pada mulanya saya ingin guna bread crumbs juga, tapi tak jumpa pula di pasaraya
- Selepas ini anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli Onion Rings di restoran segera, buat sendiri lebih menguntungkan dan boleh makan sampai insaf
- Ada banyak versi resipi Onion Rings ini. Jika anda ikut resipi saya ini, rasanya sedikit manis dan wangi
- Kalau anda mahu masin sila masukan garam ya


Selamat mencuba! (Sambil gigit Onion Rings: Krap~ Rangupnya! :)

Thursday, June 7, 2012

Conteng-conteng Lampu!

Inilah dia lampu yang telah siap saya conteng. Ingin baca perincian tentang lampu ini? Silalah klik di sini.


Cantik tak? Selepas ini, saya harap dapur akan berasap semula :)

Monday, June 4, 2012

Kak Ros dalam Fokus SPM!

Asalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Dapatkan majalah Fokus SPM keluaran Jun 2012!

 Modul Pelajar Menengah Intelek dan Berkarisma :D


Kenapa? Sebab ada kisah Kak Ros dalam ruangan Kerjaya Impian dalam tu! Dapatkannya sekarang! :)

Strava is Onz!

Hello and how are you guys? Is there anyone really blog these days? I have no idea. It's 2018 and I can't believe I still write an...