Projek Tiba-tiba - Bahagian 9: Sup Ketam

Baru-baru ini nyamuk Aedes menyerang studio kami. Ramai yang jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital kerana demam denggi. Studio kami juga telah membuat gotong-royong membersihkan kawasan yang berair (surau/ bilik mandi/ tandas) dan fogging dalaman untuk membunuh nyamuk. Jangan pandang remeh terhadap isu ini ya, kerana demam denggi itu bahaya dan boleh membunuh.

Semalam Yuki bertanya kepada saya bagaimanakah caranya untuk memasak sup ketam. Saya sendiri pun tidak pernah cuba kerana merasakan agak leceh untuk memakan ketam. Lantas saya terus google dan mencari resipinya. Oleh kerana Yuki takut masakannya tidak menjadi, saya dengan suka hatinya mengatakan bahawa saya akan cuba untuk masak terlebih dahulu dan akan bawa ke studio esok untuk merasa.

Apa kaitan demam Denggi dan Sup Ketam? Ha, Yuki memberitahu saya bahawa ketam dipercayai boleh mengubati demam denggi. Arwah atuk saya pernah memberitahu petua ini, tetapi saya tidak pernah mengkaji pula keberkesanan ketam dalam mengubati penyakit demam denggi. Hmm, tak sangka orang Cina dan Melayu punya petua yang sama :)


Oleh itu, entri ini didedikasikan khas buat Yuki dan orang-orang yang dijangkiti demam denggi.

Sup Ketam: Hidangan untuk 2 – 3 orang

Bahan-bahan:

Akhirnya lesung batu itu tidak digunakan...

1 biji Bawang Besar (dihiris halus)
3 ulas Bawang Putih (dihiris halus)
Halia sebesar ibu jari (dihiris halus)

Rempah untuk menumis dan sup bunjut itu untuk sup kemudian

1 pek rempah Sup Tulang Adabi

Saya rasa ketam ini sangat cantik

2 ekor Ketam (dibersihkan dan dibelah dua)

2 batang Lobak Merah (dihiris)
4 biji Kentang (dipotong dadu)
2 tangkai Daun Bawang (dihiris)
2 tangkai Daun Sup (dihiris)
1 biji Telur (dipukul)
4 cawan Air
1 sudu besar Minyak Zaitun
Garam secukup rasa

Boleh dicilok di Mc Donald's
2 pek Lada Hitam Mc Donalds

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Apabila sudah panas, tumis hirisan bawang putih, bawang besar, halia, dan semua rempah sehingga naik baunya.

2. Masukkan air dan sup bunjut. Jangan lupa masukkan garam dan serbuk lada hitam juga.

3. Masukkan lobak merah.

4. Masukkan kentang. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit, api sederhana sudah memadai. Selepas 10 minit, masukkan ketam dan telur, kacau sup.

5. Apabila kentang sudah empuk, masukkan daun sup dan daun bawang dan kacau.

6. Sedia untuk dihidangkan.

 Nota:
- Saya mahu menggunakan celery tetapi disebabkan bahan-bahan yang dijual di pasaraya berdekatan rumah agak terhad, jadi saya pakai sahaja sayur yang ada
- Disebabkan saya memasak untuk orang, jadi saya memasukkan garam. Dalam 2 sudu kecil KFC sahaja. Untuk pengetahuan anda, makanan laut sudah punya perasa dan garamnya yang tersendiri, jadi tak perlu masukkan terlalu banyak garamnya
- Kepada mereka yang sukakan pedas, bolehlah masukkan cili api
- Boleh tambah bawang goreng sebelum dihidangkan
- Sesuai dihidangkan bersama nasi panas


Percayalah, ini teramat sangatlah sedap!

Selamat mencuba! :)

Comments

Papysnow said…
First of all thankyou Idaman for trying this out for me! >,< soli for ta trouble also.

The soup was nice!
Walaupon idaman ada tambah sedikit garam, tapi rasanya just nice for me, tak masin sgt :D notice ta flower shape carrot jugak : p

And sup tu ada satu part diserve kat encik nazmi yg pernah kena demam denggi, and the rest bibaham oleh saya ngan amin XD

After this i plak try masak, hopefully jadi ngan references and guidelines idaman post kat sini, thanks idaman! ^,^
Fiza Amran said…
sayang k fiza here...

yes sup ketam sangat bagus untuk pesakit denggi kerana ketam ada satu zat yg dpt membunuh virus denggi. My own experience my mum-in-law ( last time future MIL )kena denggi makan sup ketam within 1 days dah discharge dr wad denggi.
also pegaga juice ( fresh pegaga blend) pun turut membantu.
IdaMandarin said…
To Yuki: Hohoho, no problemo! I suka main masak-masak jugak. Ngeh ngeh... Actually I was about to put this weekend project on hiatus. Luckily you asked and I am so happy to share this dish wish the patients in LCP. Good luck Yuki! Gogogogo!

Mari main masak-masak! Saya suka! Saya suka! :p

To Kak Fiza: Hai Kak Fiza! Wahaha rindunya! Oh air pegaga, Xpernah cuba pula. InsyaAllah akan cuba bila ada blender nanti. Hehehe. Hugs~ :)

Popular Posts