Projek Tiba-tiba - Bahagian 11: Pasta Goreng Berhantu

Hari ini saya tiba-tiba sahaja sudah jelak makan makanan kedai. Lagipun harga makanan semakin mahal. Nampaknya lepas ini kena adakan kempen membawa makanan dari rumah. Huhuhu. Pagi ini saya buka peti sejuk dan nampaknya bahan amat terhad. Dengan menggunakan kreativiti, saya persembahkan, Pasta Goreng Berhantu! Muahahaha! (gelak jahat)

Pasta goreng? Makanan fusion apakah ini? Mengarut bunyinya, kalau orang Itali tahu, pasti akan rasa makanan asasi mereka ini dicabul. Ngeh ngeh. Saya kesengalan sedikit hari ini, bak kata orang sekarang "weng". Dah! Dah! Masa memasak sudah tiba!

Pasta Goreng Berhantu: Hidangan untuk 2 - 3 orang

Bahan-bahannya:
1½ sudu besar Cili Mesin
5 biji Cili Api
1 sudu besar Sos Tomato
½ Fish Cake
⅙ Kubis (dipotong halus)
Pasta Fettucinne untuk 2 orang makan
1 biji Telur
Sedikit minyak zaitun untuk memasak

Cara-caranya:

1. Rebus pasta terlebih dahulu sehingga ianya betul-betul lembut, kemudian tuskan.

 2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cili api bersama fish cake. Kemudian ketepikan dahulu.


 3. Masak cili mesin sehingga naik baunya.

4. Selepas itu, masukan telur dan kacau semua.


 5. Sos tomato pula, kacau lagi.

 4. Masukkan pasta yang telah direbuskan tadi. Akhir sekali masukkan kubis dan gaul sehingga semua sebati.

5. Dah siap! Disebabkan banyak, saya mahu makan sedikit untuk sarapan.

Nota:
- Fish cake digoreng sebab mahu ia rangup konon-kononnya. Ini Effa yang ajar :p
- Saya menggunakan cili api kerana saya dan Effa memang suka pedas. Jika anda tidak mahu, janganlah masukkan. Disebabkan cili api itulah membuatkan mulut saya macam naga. Fuh~ (sambil tiup keluar api)
- Anda boleh menggunakan pasta bentuk lain kalau merasakan fettucinne itu membosankan
- Pasta akan mengembang selepas direbus. Jadi jangan terkejut jika daripada 2 orang makan boleh jadi ke 4 orang makan
- Kenapa saya panggil ini pasta goreng berhantu? Sebab dalam keluarga saya kalau sesuatu makanan rasanya terlalu pedas akan dipanggil berhantu. Satu ketika dahulu, saya dan adik cuba masak nasi goreng, oleh kerana kami tidak pandai mengagak cili, jadi rasanya pedas sehingga berhantu. Wahaha~
- Sekali lagi saya memohon maaf atas kedaifan bahan-bahan yang saya gunakan. Maklumlah orang bujang, talekan sahaja apa yang ada. (Alasan ini sangatlah tak valid)

Yang bekas makanan warna merah jambu itu Effa punya. Saya yang sebelah kanan :D

Oh pedasnya! Tiba-tiba sakit perut makan pedas di pagi hari. Selamat mencuba!

*Lari*

Comments

Popular Posts