Projek Hujung Minggu Berehat Seketika

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dengan ini saya ingin umumkan, Projek Hujung Minggu akan berehat buat sementara waktu kerana saya sedang sibuk melukis (dan menghadiri jemputan walimatulurus dari teman-teman sepejabat).

Jangan risau, Projek Hujung Minggu akan kembali sebaik sahaja proses sketching, inking, dan marker rendering siap. 

Buku-buku berjoget riang :D

Itu bukanlah meja, tetapi kotak berlampu untuk tujuan menekap. Saya mencilok ini sebentar dari studio. Doakan saya tidak dijangkiti penyakit malas, huhuhu...

Saya sedang menghasilkan kartun editorial yang tidak pernah saya hasilkan sebelum ini, menconteng lampu IKEA yang telah lama tertangguh, membuat komik, dan membaca buku. 

Siapa kata penulis skrip hanya boleh berfikir, menaip dan menulis sahaja? :p

Comments

Popular Posts