Projek Hujung Minggu - Bahagian 8: Grilled Cheese Sandwich


Maafkan saya kerana tidak kosisten dalam melaksanakan Projek Hujung Minggu. Nampaknya saya sudah berhutang sebanyak dua buah resipi buat pembaca. Maafkan saya, saya amat sibuk baru-baru ini.

Resipi kali ini mudah sahaja, Grilled Cheese Sandwich yang enak, mudah dan cepat disediakan. Sesuai untuk mereka yang sibuk dan sentiasa mengejar masa (macam saya :p).

Grilled Cheese Sandwich: 1 orang makan

Bahan-bahannya:
2 keping Roti
1 keping Keju
Mentega 

Cara-caranya:

 1. Cairkan mentega dalam kuali, api perlahan sudah memadai.

2. Ambil sekeping roti dan bakar ia sehingga garing.

3. Letakkan keju di atas roti yang sedang dibakar dan tindihkan sekeping lagi roti diatasnya.

4. Terbalikkan sandwich dan boleh tambah mentega lagi untuk membakar roti.

5. Tutup api, dan angkat sandwich. Keju akan cair diantara roti dan beginilah rupanya.

Nota:
- Anda boleh menyapu mentega pada sebelah permukaan roti terlebih dahulu sebelum membakarnya
- Kalau anda merasakan membakar roti dengan kuali itu terlalu melecehkan, guna pembakar roti boleh juga
- Oleh kerana saya tidak suka roti yang telalu "terbakar", saya membakar roti hingga keperangan sahaja. 
- Kepada penggemar lada hitam, anda boleh taburkan serbuk lada hitam diatas keju sebelum menindih roti kedua diatas


Dah makan baru teringat nak ambil gambar, hehe… Selamat mencuba! :)

Comments

Popular Posts