Projek Hujung Minggu - Bahagian 10: Begedil

Apakah nama makanan yang diperbuat daripada ubi kentang lenyek
a. Begedil
b. Pergedil
c. Burger-dil
d. Berdegil (Ini sangat trolling)

Hmm, saya pun kurang pasti yang mana satukah ejaan sebenar. Tapi saya selesa memanggil makanan ini begedil. Saya tidak tahu hendak mengkategorikan begedil ini sebagai lauk atau kuih. Hmm, tak kisahlah. Mari kita mula!

Begedil: Hidangan untuk 4 - 5 orang

Bahan-bahan:

4 biji Ubi Kentang
1 batang Lobak Merah (diparut)
1 tangkai Daun Sup (dihiris)
1 tangkai Daun Bawang (dihiris)
2 paket Lada Hitam Mc Donald's
1 biji Telur Ayam (dipukul)
Air untuk merebus
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Rebuskan ubi kentang selama 15 minit dalam periuk sehingga empuk.

2. Apabila kentang sudah empuk, tuskan kentang dari periuk. Lenyekkan kentang, masukkan lobak merah, daun bawang, daun sup dan serbuk lada hitam. Gaulkan sehingga nampak cantik.

3. Dengan menggunakan tangan, ambil adunan kentang dan bentukkan bulat-bulat ikut saiz yang anda mahukan. 

4. Sementara itu, panaskan minyak dalam api sederhana. Celupkan begedil dalam telur yang telah dipukul. 

5. Apabila kuali sudah cukup panas, goreng begedil sehingga warnanya perang keemasan. 

6. Sudah siap!

Nota:
- Saya ingin memesan kepada semua pembaca, hati-hati ketika memasak terutamanya bila anda mengendalikan sesuatu yang panas. Be extra careful ok?
- Pada zaman dahulu, saiz begedil amatlah besar. Lebih kurang sebesar penumbuk. Makan sebiji sahaja sudah kenyang. Tapi sekarang jika anda makan di restoran, saiznya semakin kecil :(
- Kalau anda menguli begedil mengikut saiz yang saya buat, anda akan dapat sebanyak 15 biji
- Saya sepatutnya masukkan hirisan ayam atau daging sekali, tetapi disebabkan saya kesuntukan bahan, maka ini sahajalah yang ada
- Saya menyarankan anda untuk menggunakan daging serunding. Rasanya amat lain sekali kerana serunding itu sendiri sudah berempah. Apabila mengunyah begedil serunding, ada rasa "Eid-ul Fitri Explosion" dalam mulut. Apatah lagi kalau berada di perantauan dan tidak dapat balik raya, mesti terharu. (Ok, ok I'm exaggerating :p Enough!)
- Ada juga yang suka menyalut begedil yang telah dicelup telur ke dalam bread crumbs untuk menambah kerangupannya
- Begedil ini kebiasaannya enak dimakan bersama soto, kalau makan dengan nasi panas sedap juga!

Selamat mencuba! :)

Comments

barney-bovelan said…
ahaha,, aidilfitri explosion tu..

Popular Posts