Kak Ros Dalam e-Baca!

Pernahkah adik-adik memasang cita-cita untuk menjadi penulis skrip animasi? Ataupun mungkin apabila melihat animasi Upin & Ipin dan Kawan-kawan terasa ingin menjadi pelakon suara? Kepada adik-adik yang berminat, Kak Ros berasa amat berbesar hati untuk berkongsi tips buat adik-adik semua dalam majalah e-Baca keluaran Kumpulan Majalah Karangkraf.

Learning is Fun!

Kak Ros bergambar dengan Kak Effa yang merupakan pereka grafik Karangkraf yang bertanggungjawab menyiapkan majalah ini untuk adik-adik semua :)

Gambar ini dirakam ketika kami sedang berpesta buku sambil mendengar ceramah dari Dr. Mejar Faiz Khalid di Dewan Tun Dr. Ismail PWTC.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan e-Baca keluaran Mei 2012 di kedai berhampiran!

Comments

Popular Posts