Broga Tiba-tiba

Ahad lepas, saya dan dua orang rakan dengan secara tiba-tibanya ingin mendaki di Bukit Broga. Saya menerima sms daripada Fiezi pada jam 1:12 am sebaik sahaja pulang dari Istana Budaya. Tanpa memikirkan penat dan rehat yang tidak cukup, saya terus bersetuju untuk turut serta.


1.7km je, taklah jauh mana. Tapi bila mendaki termengah-mengah juga.

Kami bertiga yang buat kerja gila. Dari kiri: Nell, saya dan Fiezi

Inilah kali pertama saya mendaki Bukit Broga. Sudah lama tidak mendaki. Kali terakhir saya mendaki ialah semasa di UiTM melaka dahulu. Masa "muda-muda" dulu bolehlah daki Gunung Ledang, sekarang ni mendaki bukit sahaja sudah terasa pancit. (Heh, macamlah tua sangat :p)

Pandangan dari puncak kedua. (Hmm, betul ke apa yang saya tulis ni? Kepada mereka yang pernah naik akan faham kot. Ngeh ngeh...)

Pemandangan di Broga sungguh indah. Tetapi disebabkan terlalu ramai pula orang yang mendaki bukit ini dan terasa sedikit aneh. Ramai sangat macam nak tengok wayang pula. Hahaha… 


Gambar ini dirakam oleh saya dan diedit dengan menggunakan effect "Magic Hour" tetapi tahap  intensity effect ini saya kurangkan sebanyak 50%. Kalaulah ada DSLR, lagi best. Tapi kalau nak daki dan bawa DSLR sekali macam berat pula. Huhuhu...

 Saya menyuruh Nell untuk mengambil gambar saya membaca di Broga. Lepas ini saya ingin buat koleksi self-portrait: membaca. Saya memang sentiasa membawa bahan bacaan ke mana-mana sahaja saya pergi dan buku yang saya bawa ketika itu ialah Ketupat Cinta Musim Kedua. Fiezi mengejek saya kerana masih sempat lagi membuat kempen membaca di atas bukit. Hahaha... Kalau masa itu saya membawa kamus, maka kamuslah yang saya baca.

Nell yang terlebih gembira. Saya amat suka komposisi gambar ini. Nell, cepat berterima kasih kat aku!


Harap dapat mendaki lagi selepas ini. Yang Berhormat Fiezi, sila jalankan tanggungjawab anda! :p

*Gambar-gambar ini dirakan dengan menggunakan iPhone saya dan kemudian saya edit dengan menggunakan applikasi camera+. 

Comments

Popular Posts