Projek Hujung Minggu - Bahagian 6: Sayur Campur Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang sudi mengikuti blog ini. Ya, hujung minggu tiba lagi dan marilah kita masak dengan penuh semangat! Minggu ini saya akan kongsikan satu lauk yang menjadi kegemaran saya iaitu sayur! Tepuk! Tepuk!

Sayur campur goreng amat mudah untuk disediakan, saya belajar memasak lauk ini dari ayah sejak dari sekolah rendah lagi. Sedikit pengenalan mengenai ayah saya. Semasa saya kecil, ayah suka menyediakan masakan yang mudah, cepat dan sangat sedap. Bila sudah masak, ayah akan menghias makanan supaya kelihatan cantik dan presentable. Ayah saya ialah seorang guru Kemahiran Hidup yang (satu ketika dahulu, tetapi kini tidak lagi), jadi tidak hairanlah mengapa ayah saya juga merupakan seorang tukang masak yang hebat. Uhuh, true story.

Jadi, Projek Hujung Minggu ini adalah satu tribute untuk ayah saya. Yeah, mari kita mulakan!

Sayur Campur Goreng: Hidangan untuk 6 orang

Bahan-bahan:
Semua sayur hendaklah dipotong kecil/ dihiris terlebih dahulu kecuali bawang merah dan bawang putih

1 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
Sedikit Ikan Bilis Halus
Belacan sebesar ibu jari
1 sudu besar Sos Tiram
½ cawan Air
1 keping Tauhu
½ batang Lobak Merah
¼ Kubis Bunga
5 batang Baby Corn
Kacang Buncis
Sedikit minyak masak

Cara-caranya:
Hmm, I have no particular reason for doing this, I asked my father about it and he just told me that this is fun. Hahaha! :p

1. Cucuk belacan pada lidi dan bakar selama 30 saat.

2. Bersihkan ikan bilis. Boleh gunakan penapis untuk memudahkan kerja. Janganlah bersihkan ikin bilis sahaja, yang lain perlu dibersihkan juga sebelum memasak.

3. Masukan bawang merah, bawang putih, belacan yang telah dibakar dan ikan bilis ke dalam lesung batu.

Tumbuk rencah sayur ini sehingga lumat


4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumiskan rencah sayur dan masukan sos tiram.

5. Masukan air dan besarkan api sedikit supaya mendidih.

6. Masukan sayur dan kacau.

7. Akhir sekali masukan tauhu dan kacau lagi.

8. Kacau selama beberapa minit.

9. Sudah siap!

Nota:
- Sayur campur goreng ini enak dimakan bersama nasi panas

Ini sangat sedap!

- Anda boleh gantikan dengan apa sahaja sayur yang anda mahukan. Minggu lepas, saya menggoreng sayur campur dengan menggunakan kacang panjang dan lobak merah
- Alternatif lain selain dari belacan ialah ikan masin atau udang kering. Tetapi kepada mereka yang mempunyai alergi terhadap belacan, janganlah masukan belacan ya. Saya juga alergi, tetapi makanan punya pasal, bedalkan sahaja!
- Kalau suka pedas, boleh masukan cili api
- Tauhu boleh digantikan dengan bebola ikan atau fish cake
- Hati-hati ketika mengacau tauhu kerana ianya lembut dan mudah pecah
- Meskipun hidangan ini adalah untuk enam orang, tetapi saya boleh menghabiskannya seorang diri tanpa nasi

Selamat mencuba! :)

Comments

Popular Posts