Projek Hujung Minggu - Bahagian 5: Chicken Lasagna

Menu untuk Projek Hujung Minggu kali ini ialah Chicken Lasagna (Lasagna Ayam) yang telah saya gembar gemburkan sejak dari bahagian kedua lagi. Wahai pembaca sekalian, penantian sudah berakhir! Jeng, jeng, jeng…

Minggu lepas, saya pulang ke Seremban dan memasak dengan menggunakan ketuhar di rumah yang besar dan canggih. Oleh itu, masa dan suhu yang digunakan adalah tepat dan saya rasa amat gembira. Baiklah, tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan.

Chicken Lasagna: Hidangan untuk 5 - 6 orang


Bahan-bahan:
230g Pasta Sheet (San Remo)
125g Keju Mozzarella (½ buku)
2 sudu Cili Boh/ Cili Mesin
7 biji cendawan butang (1 tin)
1 pokok Brokoli
400g Daging Ayam Kisar
350g Sos Spaghetti (Kimball: Daun Selasih)
Sedikit Serbuk Mixed Spice
Sedikit Minyak Masak

Cara-caranya:

1. Rendam kepingan pasta dalam air suam dan biar seketika.

2. Hiris cendawan butang, potong brokoli dalam saiz kecil dan parutkan keju Mozzarella.

3. Mari kita buat Bolognese terlebih dahulu. Panaskan kuali dengan api sederhana, masukan minyak masak. Tumis cili sehingga masak dan naik baunya. Bedakkan sedikit dengan serbuk Mixed Spice.

4. Tuangkan sos spaghetti kedalam kuali dan kacau.

5. Masukan daging ayam kisar.

6. Apabila ayam sudah hampir masak, masukan cendawan.

7. Jangan lupa sayur brokoli.

8. Kacau sehingga masak dan apabila sudah siap, ketepikan dahulu. Mari kita buat Béchamel sauce pula!

Nota:
- Jika anda pernah tidak mahu pedas, boleh tinggalkan langkah 4.
- Sekiranya anda pernah dengar tentang kehebatan sambal Mak Nurul, boleh gantikan cili boh/ cili mesin dengan sambal yang sedap ini. Panaskan sahaja dan tidak perlu tambah minyak.
- Saya lebih suka menggunakan cili mesin yang dibuat sendiri berbanding yang sudah siap di kedai. Ada kelapangan nanti akan saya kongsikan cara untuk membuat cili mesin ini.
- Daging ayam kisar hendaklah dinyahbeku terlebih dahulu untuk memudahkan proses memasak.
- Jika anda membaca "manual" di luar kotak pasta sheets San Remo ini, ia sudah menyatakan bahawa kepingan pasta ini boleh digunakan terus tanpa perlu rendam atau merebusnya terlebih dahulu. Anda boleh ikut arahan ini tanpa perlu mengikut cara kerja saya.
- Kenapa saya rendam pasta sheets? Hmm, sebab saya belajar dari video masakan. Disebabkan dalam video itu mengajar saya untuk merendam kepingan pasta, jadi saya ikut sahaja.
- Saya masukan brokoli dan cendawan kerana tidak mahu bologne yang terlalu kosong.
- Anda sudah berjaya hingga langkah 10, boleh rebus pasta biasa dan makan terus. Memang sedap.
- Saya sengaja buat bolognese ini kering sedikit kerana tidak mahu lasagna yang berair.

Bahan-bahan:
Mentega (You can never have too much butter!)
3 sudu teh Tepung Gandum
1 botol Susu Penuh Krim
1 sudu kecil serbuk Mixed Spice
Sedikit Lada Hitam yang telah ditumbuk
Sedikit Garam

Cara-caranya:
1. Tuang susu ke dalam periuk dan panaskan sahaja. Jangan sampai mendidih.

2. Cairkan mentega ke dalam kuali dengan api yang perlahan.

3. Apabila sudah cair, masukan tepung gandum kacau supaya sebati.

4. Mentega dan tepung akan berubah warna menjadi perang. Bila sudah perang, masukan susu yang telah dipanaskan tadi ke dalam kuali. Masukan sekali lada hitam, garam dan serbuk mixed spice dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.


6. Bila sudah pekat, matikan api dan sos Béchamel anda sudah siap!

Nota:

Inilah susu yang yang saya gunakan

- Untuk sos Béchamel, saya sebenarnya ingin menggunakan susu segar. Tapi disebabkan susu segar harganya lebih mahal sedikit berbanding full cream. Jadi saya ambil full cream sahaja. Kepada mereka yang ingin menggunakan susu rendah lemak boleh juga.
- Saya tiada anggaran yang tepat untuk mentega. Mentega itu sedap dan saya tidak mencatu mentega, tetapi tidaklah juga masukan sebuku terus. Ngehngeh…

Cara-cara membuat Lasagna:

1. Panaskan ketuhar dalam suhu 200° celcius.
2. Keluarkan kepingan pasta yang telah direndamkan, lapkan sedikit supaya tidak terlalu berair dan susun di dalam bekas.

3. Sapukan sos Béchamel.

4. Masukan bolognese dan ratakan.

5. Taburkan keju Mozzarella.

6. Tindihkan dengan kepingan pasta dan ulangi proses 2 hingga 4 sehingga bekas penuh.

7. Bila bekas sudah penuh, taburkan keju mozzarella dengan banyaknya.

8. Masukan ke dalam ketuhar selama 20 minit.

9. Selepas 20 minit, Lasagna anda sudah siap dan bolehlah potong dan makan!

Sedapnya!

Selamat mencuba! :)

Comments

Mohd Zarin said…
argh,,, tak reti nak masak..

Popular Posts