Projek Hujung Minggu - Bahagian 4: Basic Egg Mayo Sandwich

Saya baru sahaja pulang dari menghadiri walimatulurus seorang kenalan di pejabat dan membawa beberapa lebihan telur ayam rebus yang dijadikan hadiah untuk tetamu. Tahukah anda bahawa telur yang diberikan sebagai hadiah sebenarnya punya maksud tersirat? Telur ayam adalah simbolik kepada maksud kesuburan. Sayangnya harga telur semakin mahal dan pasangan pengantin biasanya lebih cenderung untuk memilih hadiah/ makanan ringan selain daripada telur. Does candy symbolizes fertility? I don't think so honey...

Jadi, apa yang akan anda buat sekiranya dapat telur ayam yang telah direbus? Jujur ingin saya katakan, saya amat gembira dapat telur ayam berbanding makanan ringan lain. Hahaha! Ini kerana saya tidak akan memakan telur ayam rebus itu begitu sahaja. Anda boleh makan telur rebus dengan pelbagai cara. Dalam nasi lemak, mi kari, salad dan bermacam-macam lagi! Sedapnya!

Hari ini ingin saya kongsikan satu resipi yang mudah dan amat lazat bersama anda semua iaitu Basic Egg Mayo Sandwich! Egg Mayo sandwich atau Sandwich Telur merupakan resipi pertama yang saya pelajari ketika zaman persekolahan dahulu. Oh, betapa saya rindu dengan subjek Kemahiran Hidup kerana secara harfiahnya subjek ini amat berguna dalam kehidupan. Baiklah, hentikan leteran dan mari mula memasak!

Basic Egg Mayo Sandwich: Hidangan untuk 7 - 8 orang

Perkataan lebih berat yang terdapat pada pek Roti Gardenia itu amat menakutkan :p

Bahan-bahan:
1 pek Roti Gardenia Bonanza Big Saver
5 biji Telur Rebus
6 sudu besar Mayonis
Mentega/ Marjerin
Lada hitam yang ditumbuk

Cara-caranya:

1. Dengan menggunakan dua keping roti, sapukan mentega/ marjerin pada setiap sebelah permukaan roti.

2. Hancurkan telur dengan menggunakan garfu. Masukan mayonis dan lada hitam.

3. Sebatikan sehingga nampak cantik.

4. Sapukan inti sandwich ke atas permukaan roti.

5. Gunakan roti yang telah disapu mentega/ marjerin dan tindihkan di atas roti yang telah disapu inti sandwich.

6. Boleh belah begini ataupun menyerong. Kenapa belah dua? Supaya nampak banyak dan boleh berkongsi :p (Sila abaikan langkah ini kalau rasa tak penting)

7. Sedia untuk dibawa ke studio dan makan beramai-ramai!

Nota:
- Anda boleh potong kulit roti jika mahu, tapi sebab saya tak suka membazir jadi saya biarkan sahaja
- Anda boleh tambah kepingan keju, salad, tomato, timun dan apa-apa saja yang anda mahu mengikut selera anda
- Sekali lagi suka untuk saya ingatkan, kalau anda suka masin boleh tambah garam. Saya memang tidak suka gunakan garam dalam masakan.
- Saya lebih gembira menggunakan lada hitam yang ditumbuk dari membeli yang sudah siap sedia di pasaran. Ini kerana ada sesetengah jenama lada hitam di pasaran telah ditambah MSG, dan MSG itu tidak sihat ya kawan-kawan.

Selamat mencuba and I hope that you fertilize well! :p

Comments

Popular Posts