Malam Bersama Upin & Ipin

Pada hari Sabtu ini iaitu bersamaan 12 September 09, Les Copaque Production dengan kerjasama Geng's Corner akan menganjurkan "Malam Bersama Upin & Ipin". Malam yang bertujuan untuk menyemarakkan tayangan Upin & Ipin yang sedang ditayangkan di TV9 disepanjang bulan Ramadhan ini juga memberi peluang kepada semua peminat untuk berjumpa dengan pelakon suara utama Upin & Ipin iaitu adik Nurfathiah dan Ida Shaheera (Kak Ros).

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik yang akan dianjurkan termasuklah tayangan eksklusif episod Upin & Ipin serta filem Geng. DVD filem Geng : Pengembaraan Bermula yang telah mula dijual dipasaran juga boleh didapati pada malam tersebut dengan harga promosi.


Malam Bersama Upin & Ipin ini terbuka kepada semua peminat namun tempat untuk berbuka adalah terhad. Sila membuat tempahan untuk berbuka secara terus kepada En. Zahir (012 - 240 8015). Kepada yang tidak berkesempatan untuk berbuka bersama-sama, anda masih boleh memeriahkan malam ini dengan menghadiri aktiviti selepas waktu berbuka. Sila rujuk jadual aturcara. Terima kasih dan jumpa anda semua Sabtu ini. Salam Ramadhan.

Text by: MooMoo

Comments

Choko said…
kak roooooooooos!!(kakak kah???)

Saya peminat upin & ipin gak....dan x sabar tunggu angkasa!!

Long live upin & ipin

Popular Posts