Temui Fathiah di Read Malaysia 2009

Kepada semua peminat setia Upin & Ipin pasti sudah mengetahui mengenai acara pesta buku terbesar iaitu Read Malaysia 09 yang sedang hangat berlangsung selama 10 hari di MIECC, Mines Resort City. Sambutan yang amat mengalakkan setakat ini yang telah diterima dari pengunjung yang tidak putus-putus melawat ke booth Upin & Ipin. Kepada peminat yang masih belum berkesempatan berkunjung ke booth Upin & Ipin, jangan lepaskan peluang kerana pada hari Rabu, 3 Jun ini pelakon suara Upin & Ipin akan membuat penampilan di booth Upin & Ipin serta di pentas 1 pada pukul 5.30PM. Jangan lepaskan peluang ini lebih-lebih lagi kepada adik-adik yang sedang di dalam minggu cuti sekolah. Selain dari itu terdapat juga acara-acara menarik lain yang bakal berlaku.


Berikut ialah aktiviti lain yang bakal akan berlaku pada acara tersebut :

- Jualan barangan Upin & Ipin di booth X78 dan X79
- Ceramah mengenai produksi Upin & Ipin oleh
Pengarah Animasi : Usamah Zaid dan Pengarah Kreatif Muhammad Anas
- Penampilan Maskot Upin & Ipin
- Penampilan Istimewa pelakon suara Nurfathiah (Upin/Ipin) dan Ida Shaheera (Kak Ros)

Comments

Popular Posts