Upin & Ipin di Jusco!


Selepas kejayaan filem GENG : Pengembaraan bermula, permintaan terhadap produk barangan Upin & Ipin kian bertambah. Berdasarkan permintaan yang tinggi, kini barangan Upin & Ipin juga boleh didapati di cawangan Jusco terpilih. Bermula dari hujung bulan Mei sehingga pertengahan bulan Jun, kami akan mengadakan promosi jualan barangan Upin & Ipin serta pelbagai aktiviti menarik termasuklah penampilan istimewa maskot Upin & Ipin. Anda boleh mendapatkan barangan menarik Upin & Ipin seperti baju, keychain, bag sekolah, buku serta banyak lagi. Berikut ialah jadual aktiviti serta promosi di cawangan Jusco terpilih.

Jusco Midvalley
29 Mei 2009 - 14 Jun 2009
Penampilan Maskot Upin & Ipin pada 31 Mei 2009

Jusco Wanga Maju
30 Mei 2009 - 14 Jun 2009
Penampilan Maskot Upin & Ipin pada 13 Jun 2009

Jusco Bukit Tinggi
1 Jun 2009 - 14 Jun 2009
Penampilan Maskot Upin & Ipin pada 14 Jun 2009


Untuk sebarang pertanyaan sila emel kepada webmaster@lescopaque.com

Comments

Popular Posts