Sirih Bertepuk Pinang Menari

Entri kali ini sebenarnya sudah lama ditulis. Cuma tak ada masa nak melengkapkannya. Buat pengetahuan pengikut blog saya, saya kini telah kembali ke "jabatan" skrip. Sudah lama rasaya saya tidak menulis, dengan secara teknikalnya, saya hampir lupa cara menaip. Huhuhu... Barangkali perlu banyakan latihan.

Indah bukan tajuk entri kali ini? Sengaja saya menulis dalam Bahasa Melayu kali ini kerana saya ingin memperkenalkan kepada pembaca semua seorang kenalan dari alam virtual yang baharu saya kenali. Sekadar ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua. Apabila saya menulis entri
Geng和中国旅游客, ada seorang pengunjung yang tidak saya kenali telah meninggalkan satu komen yang amat menarik perhatian saya.

Masa kawan saya cadang saya tengok kartun malaysia "upin & ipin", saya tertarik oleh ceritanya dan cara penyampaian.saya sangt suka cerita Upin & Ipin,sangat bagus!boleh bertanding dengan kartun Barat.bahasa Mandarin Ida pun bagus!Saya sokong Ida.---Melati

Melati atau nama sebenarnya 张静灵 adalah seorang pelajar dari negara China yang pernah menuntut di salah sebuah IPTA di Malaysia beberapa tahun dahulu. Melati kini menjadi tutor Bahasa Melayu di negara asalnya. Apa yang menarik tentang Melati ialah, beliau sangat fasih berbahasa Melayu dan boleh menulis dengan baik sekali. Tutor Bahasa Melayu di Universiti Komunikasi di Beijing China ini mempunyai pengetahuan yang amat luas dalam bidang penulisan dan kesusasteraan Bahasa Melayu.

Saya berhubung dengan Melati melalui Yahoo Messenger. Terasa amatlah canggung apabila berbual dalam Bahasa Melayu dengan seorang rakan dari negara China. Malahan, Bahasa Melayunya jauh lebih baik dari saya. Terasa betapa ceteknya ilmu dalam diri ini apabila beliau mengemukakan topik-topik ilmiah tentang buku-buku yang dihasilkan oleh sasterawan-sasterawan negara. Melati pernah membaca buku Salina yang ditulis oleh sasterawan negara-A. Samad Said yang saya sendiri masih belum berpeluang untuk membacanya. Ketika berchating dengan beliau, dia lebih banyak memberi maklumat dan menyampaikan ilmu berbanding saya. Itulah penangan orang yang suka membaca, jauh disudut hati ada terbit rasa cemburu dengan ilmu yang dimilikinya.

Melati juga mempunyai blognya sendiri. Pelbagai gambar dan aktiviti semasa beliau berada di China dan juga ketika beliau menuntut di Malaysia. Kagum saya melihat seorang warga asing yang begitu cintakan bahasa dan budaya Melayu. Sedangkan ramai Melayu di luar sana mahu menjadi lebih Inggeris dari Inggeris. Kesungguhan Melati dalam mempelajari budaya asing membuatkan saya sungguh kagum dengannya. Serentak itu juga, saya berasa bertuah kerana dapat berkenalan dengannya meskipun secara virtual.

Melati ada memberitahu saya bahawa beliau akan kembali ke Malaysia membawa kedua orang tuanya melancong tidak lama lagi. Diharapkan kita dapat berjumpa satu hari nanti!

Comments

agent_sesat said…
ida!! best kan! same with me..
ader seorang opismate yg mmg not bad lah melayu lah..even me..ehh?? how u know...and ader sorg lagi frenz of mine yg kat ireland...pun sukakan bahasa melayu..

tak salah kalo kiter rajin membaca..
pe rpun Salina sangat best...dah baca buku since standard 6 lagi... ^_^
firdaus-zakaria said…
mendengar lagu tradisional melayu atau paluan gendang silat yg membuatkan kita terbayang suatu bentuk kehidupan melayu yg sopan santun berbudi bahasa dan penuh adat, kini ianya hanya di dalam filem2.. kini pertuturan harian berbahasa melayu mudah sahaja di campur dengan bunyi2 asing yang mana pendengarnya bukanlah orang asing.
IdaMandarin said…
To Agent Sesat: Dah baca buku Salina? Hebatnye~!! Mana nak cari ye buku ni? Masa pesta buku haritu cari gak, tapi Xjmpe... Legend sgt2...

To Firdaus Zakaria: Bergantung pada individu itu sendiri utk memilih cara hidup masing2...
Googoozool said…
So Melati akan dtg ke Malaysia? Jom bawak jalan2 makan cendol.

Try carik Salina kat library S.Alam, ada kot.

Popular Posts