Family Meeting

Minggu ni balik rumah kat Seremban. Ayah tiba-tiba call, ada meeting family katanya. Meeting kali ni nampaknya agak penting kerana Ayie yang Xboleh balik minggu ni pun terpaksa "fly" sekejap. Ya, memang bunyinya agak skema, tapi dalam family saya memang ada tradisi bermesyuarat sebelum buat satu keputusan. Nasib baik tidak ada keje yang urgent mahupun aktiviti sales dalam minggu ni.

Balik rumah kadang-kadang rasa macam leceh sebab perjalanan nak ke Seremban sangat memenatkan. Walaupun ada komuter, tapi percayalah, perjalanan dari Seremban ke Shah Alam dengan menaiki komuter memakan masa hampir 3 jam. Jadual tren memang janji kosong semata-mata. Saya pernah naik tren bawah tanah masa belajar kat China dulu, memang on time. Pernah sekali jadual tren Xikut masa yang ditetapkan, orang ramai mengetuk-ngetuk tren yang terhenti. Orang ramai begitu marah kerana masa mereka terbuang. Saya rasa masa itu bukanlah emas kini, tetapi ianya adalah nyawa... Mungkin rakyat Malaysia yang menaiki komuter ni terlalu banyak masa kot. Entahla~~ Abaikan cerita tren tu...

Kalau makan dengan family memang saya sengaja lupakan alahan pada makanan laut. Bila bibir dah merekah & muka naik jerawat baru nak menyesal. Tapi memang best! Thank you ayah and mama!

Saya bertolak dari stesen Batu Tiga Shah Alam pada jam 830 malam dan tiba di Seremban pada pukul 1145. Hari ni saya sengaja Xmakan tengahari dan makan malam sebab nak makan makanan rumah. Bila sampai rumah, makanan hampir habis. Meskipun yang tinggal hanyalah sisa, tapi saya tetap berselera. Tak ada makanan yang sesedap masakan ayah dan juga mama. Ayah memang pandai memasak dan menjahit, cikgu KH la katakan. Hehehe...

Esoknya makan besar kat luar. Best sgt. Entah kenapa rasa lagi best makan dengan family, mungkin sebab value family lagi terasa kot berbanding makan dengan kawan. Best macam mana pun kat luar, tapi bila sesekali balik rumah lagi best. Katil yg best, makanan yg best dan sesekali boleh kayuh basikal kat luar. Teringat satu iklan Petronas dulu, kenapa saya suka rumah saya? -Sebab dia BEST!

*Ya, itulah dia. Saja nak kongsi cerita balik rumah, sebab saya suka rumah saya! o(^o^)o

Comments

agent_sesat said…
nak balik umah gak ar...hehehe
situkanghambar said…
saye nk balik kg.

tp bile menyesal atau hilang arah.
(ala2 drama melayu)

huhu.

Popular Posts