"Sergahan Upin & Ipin" di UiTM Shah Alam

"Harini seperti hari-hari biasa yang lain, aku ke menara untuk menghadiri kuliah. Kelas seperti biasa. Tetapi istimewanya hari ini, aku berjumpa dengan Upin & Ipin!"

Mungkin itulah ayat yang tercatit dalam diari seorang pelajar UiTM Shah Alam. Peristiwa berjumpa dengan Upin & Ipin bukan dalam mimpi. Tapi Upin & Ipin memang muncul di UiTM Shah Alam!

Tarikh: 3hb Mac 2009 (Selasa)
Acara: Sergahan Upin & Ipin
Lokasi: Menara SAAS (Sultan Abdul Aziz Shah), UiTM Shah Alam

Upin & Ipin dikerumi pelajar perempuan...

Program Sergahan Upin & Ipin kali ini dijalankan di UiTM Shah Alam. Lokasi Sergahan ialah di Menara SAAS. Kedatangan Upin & Ipin yang tidak disangka-sangka telah menceriakan hari-hari biasa pelajar UiTM. Upin & Ipin berkeliaran dan ramai pelajar yang tersenyum apabila melihat maskot. Seterusnya, Upin & Ipin menuju ke Kafeteria Koperasi. Para pelajar yang sedang menjamu selera teruja melihat kemunculan maskot.. Suasana menjadi riuh dan ramai yang mengerumuni dan berebut-rebut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan maskot.

Lihatlah betapa ramainya pelajar yang mengambil gambar sebelum maskot beredar dari Kafeteria.

Kesimpulan daripada program Sergahan Upin & Ipin ini, Les' Copaque telah menerima banyak permintaan pelajar dari IPTA dan juga IPTS tempatan untuk membuat "Sergahan" di kampus pengajian mereka. Sambutan yang diterima amatlah memberansangkan, dan kami amatlah terharu dengan sambutan yang positif serta penerimaan peminat terhadap filem Geng : Pengembaraan Bermula dan Upin & Ipin.

Staff UiTM yang begitu teruja di"sergah", mereka sungguh gembira bergambar di samping maskot sampai tak mahu lepas... Siapa kata peminat Upin & Ipin hanya di kalangan kanak-kanak sahaja?

Namun begitu, pihak Les' Copaque tidak berkesempatan untuk melakukan program "Sergahan" keseluruh IPT di seluruh Malaysia atas sebab jadual yang padat. Seandainya ada rezeki, Insya-Allah kami akan tunaikan impian para peminat untuk berjumpa dengan Upin & Ipin. Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan IPT yang terlibat dalam menjayakan program "Sergahan Upin & Ipin". Jumpa lagi! Bye bye!

Comments

cik kedondong said…
bencinye tak dapat pegi time tuh
waaaaaaaaaaaaaaaaa
kalo nak upah upin ipin jd clown mse bday party bleyh ke?

hahahah
IdaMandarin said…
Huhuhu... Saya juga ternanti2 kemunculan Cik Kedondong, tp kecundang... Nak jemput Upin & Ipin utk bday party? Wow~~

Popular Posts