"Sergahan Upin & Ipin" di UNISEL, Shah Alam

Eh, Upin Ipin! Comelnya!-Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh warga UNISEL sebaik sahaja maskot Upin & Ipin muncul di perkarangan UNISEL.

Ramai pelajar dan staff ingin gembira dengan kemunculan maskot Upin & Ipin

Les' Copaque Production sedang mengadakan satu program yang diberi nama "Sergahan Upin & Ipin" bagi mempromosikan filem Geng : Pengembaraan Bermula. Bukan sahaja menghiburkan, malah peminat berpeluang untuk bertemu dengan maskot dan tenaga pekerja Les' Copaque Production dengan lebih dekat. Kali ini, Zarin, Faizu, Idaman, Hanev, Faliq dan Din ditugaskan untuk menjalankan program Sergahan itu di UNISEL, Shah Alam.

Aksi Upin & Ipin dalam dewan peperiksaan

Meskipun pada mulanya pera pelajar UNISEL agak malu-malu untuk menghampiri maskot, tetapi setelah beberapa ketika, ramai yang berpusu-pusu untuk bergambar dengan maskot. Bukan sahaja pelajar, malahan staff UNISEL juga bergambar sakan bersama maskot Upin & Ipin. Ketika maskot sedang berlegar-legar diakwasan kafeteria dan ruang tengah UNISEL, nada dering ekslusif Upin & Ipin diedarkan secara percuma melalui bluetooth kepada pelajar yang berminat.

Staff UNISEL tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama maskot

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UNISEL yang membenarkan kami untuk menjalankan promosi dan program "Sergahan" ini.

Kepada peminat Upin & Ipin serta Geng, berjaga-jagalah. Mana tahu selepas ini anda akan disergah oleh Upin & Ipin!

Comments

Popular Posts