"Sergahan Upin & Ipin" di UNIKL

Setelah membuat "Sergahan" di UNISEL Shah Alam, kami berangkat ke UNIKL pula. Kami tiba di UNIKL dalam jam 3 p.m. Keadaan di lobby UNIKL agak suram pada awalnya. Mereka semua tidak tahu bahawa Upin & Ipin bakal menyergah mereka. Tapi ada juga pelajar yang berbisik membuat andaian sesama sendiri, tertanya-tanya mengapakah ada krew Les' Copaque berada di kawasan kampus mereka.

Lihatlah betapa hebatnya sambutan di UNIKL. Ramai di antara mereka tidak jadi hendak pulang sebaik sahaja melihat maskot muncul di kawasan lobby.

Apabila maskot muncul di perkarangan lobby UNIKL, para pelajar UNIKL semuanya terkejut. Ada juga yang menjerit dengan fanatik-Upin! Ipin! Tak sangka begitu ramai peminat Upin & Ipin di UNIKL ini.

En. Safwan dan Cik Idaman memberi kuiz filem Geng : Pengembaraan Bermula dan Upin & Ipin. Mahasiswa dan mahasiswi UNIKL berebut-rebut untuk mendapatkan pelekat kereta Geng...

Sementara menunggu kemunculan maskot buat kali kedua, En. Safwan dan penulis sempat membuat sesi kuiz Upin & Ipin. Menarik sungguh melihat gelagat warga UNIKL, bukan sahaja pelajar, malah ada juga staf yang cuba untuk menjawab soalan. Ada juga pelajar yang tidak mahu beralah semata-mata untuk mendapatkan pelekat kereta Geng.

Sekumpulan pelajar UNIKL bergambar bersama maskot Upin & Ipin

Staff Les' Copaque Production bergambar kenangan di lobby UNIKL sebelum berangkat pulang

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UNIKL yang membenarkan kami untuk menjayakan program "Sergahan Upin & Ipin" ini. Kepada mereka yang masih lagi belum menonton filem Geng : Pengembaraan Bermula, cepat-cepat dapatkan tiket dan bawa kawan, keluarga, mahupun jiran untuk menonton beramai-ramai. Rugi kalau tak tengok!

Comments

fun fliffy said…
salam Ida !!!
really great movie..so proud of u guys...adam n babah gi tgk kat pawagam...semua kata best cuma adam kata takut asyik terkejut..haha 1st time gi cinema...hehehe....
teruskan !!!!! bile nak dtg kuantan? nanti bgtau eh
IdaMandarin said…
Tq Fliffy! Glad to hear that ur family enjoy this movie. We'll inform you kalau ada wat promo tour kat sane~~ See ya!
Kak Ida! Sila buat sergahan utk kali ke 2 3 4 5 6 kat unikl lg yeh! Sedey sgt ari tuh tak dpt nak jumpa maskot2 and Les' Copaque team!

Popular Posts