Lawatan dari Politeknik Sultan Idris Shah

Kemunculan siri animasi Upin & Ipin yang semakin mendapat tempat di hati penonton serta kemunculan kembar kesayangan ini buat julung kalinya di pawagam dalam filem Geng : Pengembaraan Bermula sedang hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya peminat animasi 3D. Pada 10hb Februari 2009, seramai 38 orang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah bersama beberapa orang pensyarah telah datang untuk melihat proses animasi 3D dengan lebih dekat.

Lawatan kali ini dikendalikan oleh En. Razuri dan Cik Ida.

Salah seorang pelajar sedang merakam "presentation" oleh En. Razuri dan Cik Ida. Kesemuanya tekun mendengar taklimat dan pelbagai soalan diajukan berkenaan dengan proses pembikinan animasi di Les' Copaque Production.

En. Zaki sedang menerangkan proses rakaman audio dan bagaimana kesan bunyi dihasilkan. Para pelajar sungguh teruja memasuki sutio rakaman dan demonstrasi kesan bunyi juga menarik perhatian mereka.

En. Akmal menerangkan bagaimana proses model watak dilakukan.

En. Nazmi selaku animator memberi penerangan tentang proses animasi dengan penuh bersemangat.

En. Raffe menerangkan proses rendering kepada para pelajar.

Sempat membeli barangan eksklusif Geng : Pengembaraan bermula dan upin & Ipin di WOG.

Diharapakan para pelajar serta pensyarah dari Politeknik Sultan Idris Shah berpuas hati dengan penerangan dari pihak kami. Semoga lawatan ke Les' Copaque Production sedikit sebanyak telah membakar semangat para pelajar untuk menaikkan lagi industri animasi Malaysia.

Comments

Razuri Ajmain said…
pada waktu itu...
gejala menggoreng itu amat obvious skali...
:D
IdaMandarin said…
Har har lagi har har ;))

Popular Posts